Mereka ada orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أولئك رجال آمنوا بالغيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka ada orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519-520, hadis nombor 2758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن نويلة بنت مسلم – رضي الله عنها -، قالت: صلينا الظهر أو العصر في مسجد بني حارثة، فاستقبلنا مسجد إيلياء، فصلينا ركعتين، ثم جاءنا من يحدثنا: أن رسول الله ﷺ قد استقبل البيت الحرام. فتحول الرجال مكان النساء والنساء مكان الرجال، فصلينا السجدتين الباقيتين ونحن مستقبلون البيت الحرام، فحدثني رجل من بني حارثة: أن رسول الله ﷺ قال: «أولئك رجال آمنوا بالغيب». [طب، ابن مردویه، «الضعيفة» (5655)].

(Palsu) Daripada Nuwaylah binti Muslim RA, beliau berkata: Kami pernah solat zuhur atau asar di masjid Bani Harithah, maka kami menghadap ke masjid Iliya’ (al-Aqsa) lalu kami solat dua rakaat. Kemudian seseorang datang kepada kami memberitahu kami bahawa Rasulullah ﷺ telah pun menghadap Baitulharam (Kaabah). Maka jemaah lelaki bertukar ke tempat jemaah perempuan, manakala jemaah perempuan ke tempat jemaah lelaki. Maka kami sempurnakan dua rakaat yang berbaki dalam keadaan kami menghadap Baitulharam. Seorang lelaki dari Bani Harithah berkata kepadaku bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Mereka ada orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Mardawayh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5655].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.