Merasa cukuplah dengan kekayaan Allah.

TEKS BAHASA ARAB

استغنوا بغناء الله عز وجل، قيل: وما هو؟ قال: عشاء ليلة ‌وغداء ‌يوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Merasa cukuplah dengan kekayaan Allah.)) Dikatakan: Apakah yang dimaksudkan dengannya? Baginda menjawab: ((Makan sekali pada waktu malam dan makan sekali pada waktu siang.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis nombor 3153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((استغنوا بغناء الله عز وجل))، قيل: وما هو؟ قال: ((عشاء ليلة ‌وغداء ‌يوم)). [أبو بكر ابن السني في ((القناعة))، المعافي بن عمران في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (1523، 2762)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Merasa cukuplah dengan kekayaan Allah.)) Dikatakan: Apakah yang dimaksudkan dengannya? Baginda menjawab: ((Makan sekali pada waktu malam dan makan sekali pada waktu siang.))
[Riwayat Abu Bakar Ibn al-Sunni dalam al-Qanaah dan al-Mu’afi Ibn Imran dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1523,2762].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs