Meraikan kedatangan orang yang ingin menuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

إنه سيأتيكم أقوام من بعدي يطلبون العلم، فرحبوا بهم، وحبوهم، وعلموهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan datang kepada kamu beberapa kumpulan selepas kewafatanku untuk menuntut ilmu, maka alu-alukanlah kedatangan mereka, cintailah mereka dan ajarkanlah mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن إسماعيل قال: دخلنا على الحسن نعوده حتى ملأنا البيت، فقبض رجليه، ثم قال: دخلنا على أبي هريرة نعوده حتى ملأنا البيت فقبض رجليه، ثم قال: دخلنا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى ملأنا البيت، وهو مضطجع لجنبه، فلما رآنا قبض رجليه ثم قال: إنه سيأتيكم أقوام من بعدي يطلبون العلم، فرحبوا بهم، وحبوهم، وعلموهم.
[هــ، ((الضعيفة)) (3349)].

(Palsu)
Daripada Isma’il, katanya: Kami telah masuk menemui al-Hasan, kami menziarahi beliau hingga kami memenuhi rumah beliau. Beliau pun melipat kedua kakinya, kemudian beliau berkata: Kami pernah masuk menemui Abu Hurairah, kami menziarahi beliau hingga kami memenuhi rumah beliau, lalu beliau pun melipat kedua kaki beliau, kemudian berkata: Kami pernah masuk menemui Rasulullah SAW hingga kami memenuhi rumah baginda, ketika itu baginda sedang berbaring pada bahagian sebelah badan baginda, apabila baginda melihat kami, baginda pun melipatkan kedua kaki baginda, kemudian bersabda: Sesungguhnya akan datang kepada kamu beberapa kumpulan selepas kewafatanku untuk menuntut ilmu, maka alu-alukanlah kedatangan mereka, cintailah mereka dan ajarkanlah mereka. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3349]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs