Menziarahiku dan ziarah bapaku Ibrahim dalam tahun yang sama

TEKS BAHASA ARAB

من زارني وزار أبي إبراهيم في عام واحد دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang menziarahiku dan ziarah bapaku Ibrahim dalam tahun yang sama, dia akan masuk syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 184, hadis nombor 336. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: إنه موضوع، وقال النووي: إنه باطل لا أصل له.

Ibn Taimiyyah berkata: Sesungguhnya ia palsu dan al-Nawawi berkata: Sesungguhnya ia batil, tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs