Menziarahi pesakit itu sebaiknya dilakukan dalam tempoh yang singkat

TEKS BAHASA ARAB

‌العيادة ‌فواق ‌ناقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menziarahi pesakit itu sebaiknya dilakukan dalam tempoh yang singkat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis nombor 340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌العيادة ‌فواق ‌ناقة)).
[ابن أبي الدنيا في "المرض والكفارات"، ((الضعيفة)) (‌‌3954)]

(Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: “Menziarahi pesakit itu sebaiknya dilakukan dalam tempoh yang singkat.”
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Maraḍ wa al-Kaffārāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3954).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs