Menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada perkara mungkar, maka dia adalah khalifah Allah di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

من أمر بمعروف، ونهى عن منكر؛ فهو خليفة الله في الأرض، وخليفة كتاب الله عز وجل، وخليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah daripada perkara mungkar (kejahatan), maka dia adalah khalifah Allah di muka bumi, dan khalifah bagi Kitab Allah ‘azza wa jalla serta khalifah Rasulullah SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1279, hadis nombor 6553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن نعيم عن بعض المشيخة يرفعه: من أمر بمعروف، ونهى عن منكر؛ فهو خليفة الله في الأرض، وخليفة كتاب الله عز وجل، وخليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم.
[عبد الغني في ((الأمر بالمعروف))، ((الضعيفة)) (4840)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Na’im daripada sebahagian syeikh, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah daripada perkara mungkar (kejahatan), maka dia adalah khalifah Allah di muka bumi, dan khalifah bagi Kitab Allah ‘azza wa jalla serta khalifah Rasulullah SAW.
[Riwayat 'Abd al-Ghani dalam al-Amr bi al-Ma'ruf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4840]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.