Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ النِّيلَ يخرجُ من الجنةِ، ولو التمستمْ فيهِ حينَ يَمُجُّ لوجدتم من وَرَقِها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sungai Nil mengalir dari syurga. Jika kalian menyentuhnya di saat ia bergelora (ombak), kalian akan mendapati dedaunnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 705, hadis no. 3608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إن النيل يخرج من الجنة، ولو التمستم فيه حين يمج لوجدتم من ورقها. [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((«الضعيفة)) (7108)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya sungai Nil mengalir dari syurga. Jika kalian menyentuhnya di saat ia bergelora (ombak), kalian akan mendapati dedaunnya. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Azamah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7108].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman