Menyempurnakan wuduknya, kemudian dia rela hati pergi ke Masjid Quba' tanpa ada sebab lain

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بأم القرآن، كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia rela hati pergi ke Masjid Quba’ tanpa ada sebab lain dan tidak ada perkara lain yang menyebabkan dia ke sana melainkan untuk solat di Masjid Quba’, lalu dia solat empat rakaat di dalamnya, pada setiap rakaat dia membaca al-Fatihah, maka dia mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan umrah ke Baitullah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1228, hadis nombor 6250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن كعب بن عجرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بأم القرآن، كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله.
[طب، ((الضعيفة)) (6833)].

(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia rela hati pergi ke Masjid Quba’ tanpa ada sebab lain dan tidak ada perkara lain yang menyebabkan dia ke sana melainkan untuk solat di Masjid Quba’, lalu dia solat empat rakaat di dalamnya, pada setiap rakaat dia membaca al-Fatihah, maka dia mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan umrah ke Baitullah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6833].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs