Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ عَمَدَ إِلَى مَسْجِدِ قُبَاءٍ لا يُرِيدُ غَيْرَهُ، وَلَمْ يَحْمِلْهُ عَلَى الْغُدُوِّ إِلا الصَّلاةُ فِي مَسْجِدِ قُبَاءٍ، فَصَلَّى فِيهِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِأُمِّ الْقُرْآنِ، كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الْمُعْتَمِرِ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia rela hati pergi ke Masjid Quba' tanpa ada sebab lain dan tidak ada perkara lain yang menyebabkan dia ke sana melainkan untuk solat di Masjid Quba', lalu dia solat empat rakaat di dalamnya, pada setiap rakaat dia membaca al-Fatihah, maka dia mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan umrah ke Baitullah.
Sahabat Perawi
- Ka'ab bin 'Ujrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1228, hadis no. 6250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada Ka'ab bin 'Ujrah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia rela hati pergi ke Masjid Quba' tanpa ada sebab lain dan tidak ada perkara lain yang menyebabkan dia ke sana melainkan untuk solat di Masjid Quba', lalu dia solat empat rakaat di dalamnya, pada setiap rakaat dia membaca al-Fatihah, maka dia mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan umrah ke Baitullah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6833].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman