Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَسْبَغَ الوضوءَ في البَرْدِ الشديدِ كان له من الأجرِ كِفْلَانِ، ومَن أَسْبَغَ الوضوءَ في الحَرِّ الشديدِ كان له من الأجرِ كِفْلٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyempurnakan wuduk ketika musim yang sangat sejuk, maka dia mendapat pahala dua kali ganda dan sesiapa yang menyempurnakan wuduk ketika musim yang sangat panas maka dia mendapat sekali pahala.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis no. 6043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: من أسبغ الوضوء في البرد الشديد كان له من الأجر كفلان، ومن أسبغ الوضوء في الحر الشديد كان له من الأجر كفل. [ابن النجار، ((الضعيفة)) (840)]
(Palsu) Daripada 'Ali RA secara marfu': Sesiapa yang menyempurnakan wuduk ketika musim yang sangat sejuk, maka dia mendapat pahala dua kali ganda dan sesiapa yang menyempurnakan wuduk ketika musim yang sangat panas maka dia mendapat sekali pahala. [Riwayat Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 840]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman