Menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah turunkan kepada Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهرت البدع، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كان عنده علم فلينشره، فإن كاتم العلم يومئذ لكاتم ما أنزل الله على محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila munculnya bidaah, golongan terakhir daripada umat ini melaknat (mengutuk) golongan pertama, maka sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah turunkan kepada Muhammad.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis nombor 6711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: إذا ظهرت البدع، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كان عنده علم فلينشره، فإن كاتم العلم يومئذ لكاتم ما أنزل الله على محمد.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١٥٠٦)].

(Munkar)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila munculnya bidaah, golongan terakhir daripada umat ini melaknat (mengutuk) golongan pertama, maka sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah turunkan kepada Muhammad.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1506].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs