Munkar
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ظَهرتِ البِدَعُ، ولعن آخِرُ هذه الأمةِ أَوَّلَها، فمَن كان عنده علمٌ فَلْيَنْشُرْهُ، فإن كاتمَ العلمِ يَوْمَئِذٍ لكاتمٌ ما أنزل اللهُ على مُحَمَّدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila munculnya bidaah, golongan terakhir daripada umat ini melaknat (mengutuk) golongan pertama, maka sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah turunkan kepada Muhammad.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis no. 6711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: إذا ظهرت البدع، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كان عنده علم فلينشره، فإن كاتم العلم يومئذ لكاتم ما أنزل الله على محمد. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١٥٠٦)].
(Munkar) Daripada Mu'az bin Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila munculnya bidaah, golongan terakhir daripada umat ini melaknat (mengutuk) golongan pertama, maka sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah turunkan kepada Muhammad. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1506].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman