Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Menyembah Allah dalam keadaan dia jahil

Teks Bahasa Arab

مَنْ عَبَدَ اللَّهَ بِجَهْلِهِ كَانَ مَا يُفْسِدُهُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menyembah Allah dalam keadaan dia jahil, maka kerosakan yang dilakukannya lebih banyak berbanding kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Dirar bin al-Azwar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 92, hadis no. 435. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قيل: إنه من كلام ضرار بن الأزور رضي الله عنه.

Dikatakan: Ia bersumberkan ucapan Dirar bin al-Azwar RA.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.