Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Menyekat aliran-aliran darah adalah suatu perkara yang mengundang penyakit

Teks Bahasa Arab

قَطعُ العُروقِ مَسقَمةٌ، والحِجَامَةُ خَيرٌ مِنهُ.

Teks Bahasa Melayu

Menyekat aliran-aliran darah adalah suatu perkara yang mengundang penyakit, sedangkan berbekam adalah lebih baik daripadanya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Jarad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis no. 5970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن جراد مرفوعا: ((قطع العروق مسقمة، والحجامة خير منه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4058)]

(Palsu) Daripada Ibn Jarad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menyekat aliran-aliran darah adalah suatu perkara yang mengundang penyakit, sedangkan berbekam adalah lebih baik daripadanya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4058]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.