Menyebutkan nama Allah ketika wuduknya, maka ia mensucikan seluruh jasadnya

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فذكر الله عز وجل على وضوئه، كان طهورا لسائر جسده، ومن توضأ ولم يذكر الله عز وجل؛ لم يطهر منه إلا ما أصابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyebutkan nama Allah ‘azza wa jalla ketika wuduknya, maka ia mensucikan seluruh jasadnya dan sesiapa yang berwuduk namun tidak menyebutkan nama Allah ‘azza wa jalla, tidak suci melalui wuduknya itu melainkan anggota yang mengenainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1222, hadis nombor 6224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من توضأ فذكر الله عز وجل على وضوئه، كان طهورا لسائر جسده، ومن توضأ ولم يذكر الله عز وجل لم يطهر منه إلا ما أصابه.
[أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، الشجري، هق، ((الضعيفة)) (6372)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyebutkan nama Allah ‘azza wa jalla ketika wuduknya, maka ia mensucikan seluruh jasadnya dan sesiapa yang berwuduk namun tidak menyebutkan nama Allah ‘azza wa jalla, tidak suci melalui wuduknya itu melainkan anggota yang mengenainya.
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi'ei dalam al-Fawaid, al-Shajari, al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6372].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.