Menyapu tengkuk

TEKS BAHASA ARAB

حديث: مسح الرقبة أمان من الغل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Menyapu tengkuk (ketika wudu’) akan menyelamatkan daripada belenggu (api neraka).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 168, hadis nombor 504. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: موضوع، أي، رفعه وإلا فقد ورد موقوفا عن موسى بن طلحة، بل في مسند الفردوس من حديث ابن عمر بسند ضعيف، ولذا استحب أئمتنا مسح الرقبة. والله أعلم.

Al-Nawawi berkata: Palsu.
Iaitu secara marfu’, kerana telah warid secara mauquf daripada Musa bin Talhah, bahkan dalam Musnad Al-Firdaus daripada hadith Ibn ‘Umar dengan sanad yang daif. Oleh yang demikian, para imam kita menggalakkan menyapu tengkuk. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs