Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَسْحُ الرَّقَبَةِ أَمَانٌ مِنَ الْْغِلِّ.
Teks Bahasa Melayu
Menyapu tengkuk menyelamatkan seseorang daripada permusuhan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis no. 6024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) مسح الرقبة أمان من الغل. [أبو نعيم في تاريخ أصبهان بسند ضعيف، الضعيفة (69)]
(Palsu) Menyapu tengkuk menyelamatkan seseorang daripada permusuhan. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Tarikh Asbahan dengan sanad yang lemah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 69]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman