Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Menyapu tengkuk akan selamat dari lilitan besi

Teks Bahasa Arab

حديث: "مسح الرقبة أمان من الغل".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Menyapu tengkuk (ketika wudhu) akan selamat dari lilitan besi di tengkuk".

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 12, hadis no. 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: موضوع وقد تكلم عليه ابن حجر في التلخيص بما يفيد أنه ليس بموضوع.

Al-Nawawi berkata: Hadith ini palsu, hadith ini juga diperkatakan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya al-Talkhis yang mengisyaratkan ia bukan palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.