TEKS BAHASA ARAB
من ادهن ولم يسم ادهن معه سبعون شيطانا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa saja yang menyapu (minyak wangi) dan tidak membaca bismillah maka turut menyapu bersamanya 70 ribu syaitan.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis nombor 7119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن ابن نافع القرشي، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ادهن ولم يسم ادهن معه سبعون شيطانا. [ابن السني، ((الضعيفة)) (651)].
(Dusta) Daripada Ibn Nafi’ al-Qurashi berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa saja yang menyapu (minyak wangi) dan tidak membaca bismillah maka turut menyapu bersamanya 70 ribu syaitan. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 651]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.