Dusta

30/06/2024

minit bacaan



Menyapu (minyak wangi) dan tidak membaca bismillah

Teks Bahasa Arab

من ادَّهَن ولم يُسَمِّ ادَّهن معه سبعونَ شيطانًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menyapu (minyak wangi) dan tidak membaca bismillah, maka 70 ribu syaitan turut menyapu minyak wangi bersamanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Dusta

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن ابن نافع القرشي، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ((من ادهن ولم يسم ادهن معه سبعون شيطانا)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (651)].

(Dusta) Daripada Ibn Nafi’ al-Qurashi berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesiapa yang menyapu (minyak wangi) dan tidak membaca bismillah, maka 70 ribu syaitan turut menyapu minyak wangi bersamanya.)) [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 651].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.