TEKS BAHASA ARAB
حديث: "مَسْحُ الْعَيْنَيْنِ بِبَاطِنِ أَعْلَى السَّبَّابَتَيْنِ عِنْدَ قَوْلِ الْمُؤَذِّنِ أَشْهَدُ أَنَّ محمدا رسول الله _ إلخ"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Menyapu mata dengan hujung dua jari terlunjuk ketika muazzin mengucapkan Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah… hingga akhir”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 19, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الديلمي في مسند الفردوس عن أبي بكر مرفوعا. قال ابن طاهر في التذكرة: لا يصح
Al-Dailami meriwayatkan di dalam Musnad Firdaus daripada Abi Bakar secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Ibn Tahir berkata di dalam kitab al-Tazkirah: Tidak sahih.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.