Menyapu kedua mata menggunakan bahagian hadapan hujung dua jari telunjuk atau kedua kuku ibu jari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مسح العينين بباطن أنملة السبابتين أو ظفري إبهاميه ومسحهما على عينيه عند سماع كلمة الشهادة من المؤذن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menyapu kedua mata menggunakan bahagian hadapan hujung dua jari telunjuk atau kedua kuku ibu jari dan menyapu keduanya pada kedua matanya ketika mendengar kalimah syahadah yang diucapkan oleh tukang azan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 84, hadis nombor 379. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا أصل له في المرفوع، نعم يروى عن بعض السلف.

Tidak ada asalnya dalam riwayat yang marfu’. Ya, ia ada diriwayatkan daripada sebahagian salaf.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon