Menyapu kedua mata dengan perut kedua jari telunjuk ketika muazin melaungkan (potongan azan)

TEKS BAHASA ARAB

مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين عند قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله … إلخ، وأن من فعل ذلك؛ حلت له شفاعته ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menyapu kedua mata dengan perut kedua jari telunjuk ketika muazin melaungkan (potongan azan): أشهد أن محمدا رسول الله… sehingga akhirnya. Dan siapa yang melakukan yang demikian itu, wajib ke atasnya syafaat baginda ﷺ.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis nombor 1820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن أبي بكر -رضي الله عنه- مرفوعا:«مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين عند قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله… إلخ، وأن من فعل ذلك؛ حلت له شفاعته ﷺ». [فر، «الضعيفة» (73)]

(Tidak sahih) Daripada Abū Bakar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Menyapu kedua mata dengan perut kedua jari telunjuk ketika muazin melaungkan (potongan azan): أشهد أن محمدا رسول الله… sehingga akhirnya. Dan siapa yang melakukan yang demikian itu, wajib ke atasnya syafaat baginda ﷺ. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 73]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs