Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مسحُ العَينينِ بباطنِ أنملتيِ السَّبَّابتينِ عندَ قولِ المؤذِّنِ: أشهدُ أنَّ محمَّدًا رسولُ اللَّهِ ... الخ وإنَّ مَن فعلَ ذلك؛ حلَّت لهُ شفاعتُهُ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Menyapu kedua mata dengan perut kedua jari telunjuk ketika muazin melaungkan (potongan azan): أشهد أن محمدا رسول الله... sehingga akhirnya. Dan siapa yang melakukan yang demikian itu, wajib ke atasnya syafaat baginda ﷺ.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis no. 1820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Tidak sahih) Daripada Abū Bakar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Menyapu kedua mata dengan perut kedua jari telunjuk ketika muazin melaungkan (potongan azan): أشهد أن محمدا رسول الله... sehingga akhirnya. Dan siapa yang melakukan yang demikian itu, wajib ke atasnya syafaat baginda ﷺ. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 73]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman