Menyapu kedua mata dengan hujung dua jari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين بعد تقبيلهما عند قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Menyapu kedua mata dengan hujung dua jari terlunjuk setelah mengucup keduanya ketika muazzin mengucapkan Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah…

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 168, hadis nombor 505. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنكره السخاوي، وقال: كل ما يروى في هذا، فلا يصح رفعه ألبتة.

Al-Sakhawi mengingkarinya, seraya beliau berkata: Setiap hadith yang diriwayatkan berkenaan perkara ini, maka ia tidak sahih secara marfu’ sama sekali.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs