Menyampaikan kepada umatku satu hadis hingga boleh menegakkan sunnah atau meruntuhkan bidaah

TEKS BAHASA ARAB

من أدى إلى أمتي حديثا يقيم به سنة، أو يثلم به بدعة، فله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyampaikan kepada umatku satu hadis hingga boleh menegakkan sunnah atau meruntuhkan bidaah, maka dia mendapat syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis nombor 6298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من أدى إلى أمتي حديثا يقيم به سنة، أو يثلم به بدعة، فله الجنة.
[حل، الخطيب في ((شرف أصحاب الحديث))، ابن شاذان في ((المشيخة الصغرى))، أبو القاسم القشيري في ((الأربعين))، السلفي في ((أربعينه))، ابن عساكر في ((أربعين السلفي))، ابن البناء في ((الرد على المبتدعة))، عفيف الدين في ((فضل العلم))، محمد بن طولون في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (979)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menyampaikan kepada umatku satu hadis hingga boleh menegakkan sunnah atau meruntuhkan bidaah, maka dia mendapat syurga.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Khatib dalam Sharf Ashab al-Hadith, Ibn Shazan dalam al-Mashaikhah al-Sughra, Abu al-Qasim al-Qushairi dalam al-Arba'in, al-Silafi dalam al-Arba'in, Ibn 'Asakir dalam Arba'in al-Silafi, Ibn al-Banna' dalam al-Rad 'Ala al-Mubtadi'ah, 'Afif al-Din dalam Fadl al-'Ilm, Muhammad bin Tulun dalam al-Arba'in. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 979].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs