Menutup kepala pada siang hari tanda kefahaman dan pada malam hari pula kerana keraguan

TEKS BAHASA ARAB

تغطية الرأس بالنهار فقه، وبالليل ريبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menutup kepala pada siang hari tanda kefahaman (tentang adab dan etikan pemakaian) dan (menutup kepala) pada malam hari pula kerana keraguan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297, hadis nombor 6635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تغطية الرأس بالنهار فقه، وبالليل ريبة.
[عد، ((الضعيفة)) (7156)].

(Sangat lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA katanya: Baginda SAW bersabda: Menutup kepala pada siang hari tanda kefahaman (tentang adab dan etikan pemakaian) dan (menutup kepala) pada malam hari pula kerana keraguan.
[Riwayat Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7156].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.