Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طلبُ العلمِ ساعةً خيرٌ من قيامِ ليلةِ، وطلبُ العلمِ يوماً خيرٌ من صيامِ ثلاثة أشهر.
Teks Bahasa Melayu
Menuntut ilmu sejenak (sekejap) lebih baik berbanding qiyam di malam hari dan menuntut ilmu dalam sehari lebih baik berbanding puasa selama tiga bulan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis no. 6492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: طلب العلم ساعة خير من قيام ليلة، وطلب العلم يوماً خير من صيام ثلاثة أشهر. [قر، ((الضعيفة)) (3828)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Menuntut ilmu sejenak (sekejap) lebih baik berbanding qiyam di malam hari dan menuntut ilmu dalam sehari lebih baik berbanding puasa selama tiga bulan. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3828]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman