Menuntut ilmu lalu dia mendapatkannya, maka dituliskan untuknya dua muatan pahala

TEKS BAHASA ARAB

من طلب علما فأدركه، كتب الله له كفلين من الأجر ومن طلب علما فلم يدركه، كتب الله له كفلا من الأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuntut ilmu lalu dia mendapatkannya, maka dituliskan untuknya dua muatan pahala, dan sesiapa yang menuntut ilmu, sekalipun jika dia tidak mendapatkannya, maka ditulis untuknya satu muatan pahala.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1299, hadis nombor 6643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن واثلة بن الأسقع، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من طلب علما فأدركه، كتب الله له كفلين من الأجر ومن طلب علما فلم يدركه، كتب الله له كفلا من الأجر.
[مي، تمام، طب، القضاعي، ابن عبد البر في ((الجامع))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6709)].

(Sangat lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang menuntut ilmu lalu dia mendapatkannya, maka dituliskan untuknya dua muatan pahala, dan sesiapa yang menuntut ilmu, sekalipun jika dia tidak mendapatkannya, maka ditulis untuknya satu muatan pahala.
[Riwayat al-Darimi, Tammam, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Quda’ei, Ibn Abd al-Bar dalam al-Jami’, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6709].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs