Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغدوا في طلبِ العلمِ، فإنَّ الغدوَّ بركةٌ ونجاحٌ.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah waktu pagi dalam menuntut ilmu kerana pagi itu membawa satu keberkatan dan kejayaan.
Sahabat Perawi
- Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis no. 6394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اغدوا في طلب العلم؛ فإن الغدو بركة ونجاح. [خط، ((الضعيفة)) (2837)]
(Palsu) Daripada 'Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Pergilah waktu pagi dalam menuntut ilmu kerana pagi itu membawa satu keberkatan dan kejayaan. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2837]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman