Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انتظارُ الفرجِ بالصبرِ عبادةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran merupakan satu ibadah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Ali RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((انتظار الفرج بالصبر عبادة)). روي من حديث عبد الله بن عمر وعبد الله بن عباس وأنس بن مالك وعلي بن أبي طالب. [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، القضاعي، عد، خط، ((الضعيفة)) (1572)]
(Palsu) Menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran merupakan satu ibadahز Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Anas bin Malik, ‘Ali bin Abi Talib RA. [Riwayat Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Shuyukh, al-Quda‘ie, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1572]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman