Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انتظارُ الفرجِ من اللهِ عبادةٌ، ومن رَضِيَ بالقليلِ من الرزقِ رَضِيَ اللهُ منه بالقليلِ من العملِ.
Teks Bahasa Melayu
Menunggu pertolongan daripada Allah merupakan ibadah. Sesiapa yang redha dengan rezeki yang sedikit, maka Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب مرفوعا: ((انتظارُ الفرجِ من اللهِ عبادةٌ، ومن رَضِيَ بالقليلِ من الرزقِ رَضِيَ اللهُ منه بالقليلِ من العملِ)). [البيهقي في ((الآداب))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1573)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menunggu pertolongan daripada Allah merupakan ibadah. Sesiapa yang redha dengan rezeki yang sedikit, maka Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Adab dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1573]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman