TEKS BAHASA ARAB
الصلاة على ظهر الدابة في السفر هكذا وهكذا وهكذا وهكذا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menunaikan solat di atas haiwan tunggangan ketika musafir adalah begini, begini, begini dan begini.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis nombor 5128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى رضي الله عنه مرفوعا: الصلاة على ظهر الدابة في السفر هكذا وهكذا، وهكذا وهكذا. [حم، طس، الضعيفة (3803)].
(Lemah) Daripada Abu Musa RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menunaikan solat di atas haiwan tunggangan ketika musafir adalah begini, begini, begini dan begini. [Riwayat Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3803]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.