Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة.
Teks Bahasa Melayu
Menunaikan haji sebelum menyertai peperangan lebih utama daripada 50 peperangan manakala menyertai peperangan selepas menunaikan haji lebih baik daripada 50 kali pergimenunaikan haji. Berada di jalan Allah dalam satu tempoh waktu yang singkat lebih baik daripada 70 kali pergi menunaikan haji.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis no. 5104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة. [حل، الضعيفة (3481)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA yang meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menunaikan haji sebelum menyertai peperangan lebih utama daripada 50 peperangan manakala menyertai peperangan selepas menunaikan haji lebih baik daripada 50 kali pergimenunaikan haji. Berada di jalan Allah dalam satu tempoh waktu yang singkat lebih baik daripada 70 kali pergi menunaikan haji. [Riwayat al-Hilyah oleh Abu Nu'aim. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 3481].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman