Menunaikan haji adalah jihad bagi semua orang yang lemah

TEKS BAHASA ARAB

الحج جهاد كل ضعيف وجهاد المرأة حسن التبعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menunaikan haji adalah jihad bagi semua orang yang lemah manakala jihad seorang perempuan adalah menunaikan hak suami dengan baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis nombor 5111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها مرفوعا: بالشطر الأول وعن علي بتمامه: الحج جهاد كل ضعيف وجهاد المرأة حسن التبعل. [هـ، حم، القضاعي، الضعيفة (3519)].

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA meriwayatkan secara marfu’ : Pada bahagian yang pertama, dan daripada Ali secara lengkap : Menunaikan haji adalah jihad bagi semua orang yang lemah manakala jihad seorang perempuan adalah menunaikan hak suami dengan baik. [Riwayat Sunan Ibn Majah, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs