Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحج جهاد كل ضعيف وجهاد المرأة حسن التبعل.
Teks Bahasa Melayu
Menunaikan haji adalah jihad bagi semua orang yang lemah manakala jihad seorang perempuan adalah menunaikan hak suami dengan baik.
Sahabat Perawi
- Ali RA
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis no. 5111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها مرفوعا: بالشطر الأول وعن علي بتمامه: الحج جهاد كل ضعيف وجهاد المرأة حسن التبعل. [هـ، حم، القضاعي، الضعيفة (3519)].
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA meriwayatkan secara marfu’ : Pada bahagian yang pertama, dan daripada Ali secara lengkap : Menunaikan haji adalah jihad bagi semua orang yang lemah manakala jihad seorang perempuan adalah menunaikan hak suami dengan baik. [Riwayat Sunan Ibn Majah, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3519].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman