Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ قذفَ المُحْصَنَةِ يَهْدِمُ عَمَلَ مِئَةِ سَنَةٍ
Teks Bahasa Melayu
Menuduh seorang wanita yang Muhsan (sudah berkahwin secara halal) akan menghapuskan amalan seratus tahun.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 788, hadis no. 4048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حذيفة مرفوعاً: إن قذف المحصنة يهدم عمل مئة سنة. [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3186)]
(Lemah) Daripada Huzaifah RA secara marfu’: “Menuduh seorang wanita yang muhsan (sudah berkahwin) akan menghapuskan amalan seratus tahun.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3185]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman