Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَنْ أَلْعَقَ الْقَصْعَةَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِمِثْلِهَا طَعَامًا.
Teks Bahasa Melayu
Menjilat mangkuk itu lebih aku sukai berbanding aku memberi sedekah sebanyak makanan yang ada di mangkuk itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis no. 4592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن صحابي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لَأَنْ أَلْعَقَ الْقَصْعَةَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِمِثْلِهَا طَعَامًا. [فر, الضعيفة (5584)]
(Munkar) Daripada sahabat daripada Rasulullah SAW bersabda: Menjilat mangkuk itu lebih aku sukai berbanding aku memberi sedekah sebanyak makanan yang ada di mangkuk itu.[Al-Dailami di dalam Al-Firdaus. Al-Dha’ifah, no 5584].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman