Menjawab panggilan ibu itu lebih baik berbanding ibadah kepada Tuhan

TEKS BAHASA ARAB

لو كان جريج الراهب فقيها عالما، لعلم أن إجابة أمه أفضل من عبادة ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Juraij, si pendeta itu adalah seorang yang faqih lagi alim, pastilah dia tahu bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih baik berbanding ibadah kepada Tuhannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حوشب الفهري رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لو كان جريج الراهب فقيها عالما، لعلم أن إجابة أمه أفضل من عبادة ربه.
[خط، ((الضعيفة)) (1599)]

(Lemah)
Daripada Hawshab al-Fahri RA, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya Juraij, si pendeta itu adalah seorang yang faqih lagi alim, pastilah dia tahu bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih baik berbanding ibadah kepada Tuhannya.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tafsir Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1599]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.