Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن حَفِظ عَلى أُمَّتي حَديثًا واحدًا كانَ له أجرُ أحدٍ وسَبعينَ نبيًّا صِدِّيقًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjaga satu hadith untuk umatku, maka baginya pahala 71 orang nabi lagi siddiq.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis no. 6326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من حفظ على أمتي حديثا واحدا كان له أجر أحد وسبعين نبيا صديقا. [الذهبي في ((تذكرة الحفاظ))، ((الضعيفة)) (1174)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Sesiapa yang menjaga satu hadith untuk umatku, maka baginya pahala 71 orang nabi lagi siddiq. [Riwayat al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1174]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman