Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Menjaga maruah dan agama dengan harta

Teks Bahasa Arab

مَنِ استطاع منكم أنْ يَقِيَ دينَه وعِرْضَه بمالِه فَلْيَفْعَلْ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk menjaga agama dan maruahnya dengan hartanya maka lakukanlah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من استطاع منكم أن يقي دينه وعرضه بماله فليفعل)). [ك، ((الضعيفة)) (899)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk menjaga agama dan maruahnya dengan hartanya maka lakukanlah.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 899].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.