Menjaga al-Qur'an dan Ahl al-Bait

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! إني قد نبأني اللطيف الخبير أنه لم يعمر نبي إلا نصف عمر الذي يليه من قبله، وإني لأظن أني موشك أن أدعى فأجيب، وإني مسؤول، وإنكم مسؤولون، فماذا أنتم قائلون؟ قالوا: نشهد أنك قد بلغت وجهدت ونصحت، فجزاك الله خيرا. فقال: أليس تشهدون أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن جنته حق، وناره حق، وأن الموت حق، وأن البعث حق بعد الموت، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور؟ قالوا: بلى نشهد بذلك. قال: اللهم! اشهد. ثم قال: أيها الناس! إن الله مولاي، وأنا مولى المؤمنين، وأنا أولى بهم من أنفسهم، فمن كنت مولاه فهذا مولاه -يعني: عليا رضي الله عنه-. اللهم! وال من والاه. وعاد من عاداه. ثم قال: يا أيها الناس! إني فرطكم، وإنكم واردون عليّ الحوض: حوض ما بين بصري إلى صنعاء، فيه عدد النجوم قدحان من فضة. وإني سائلكم حين تردون علي عن الثقلين؛ فانظروا كيف تخلفوني فيهما، الثقل الأكبر: كتاب الله عز وجل، سبب طرفه بيد الله، وطرفه بأيديكم، فاستمسكوا به؛ لا تضلوا ولا تبدلوا، وعترتي أهل بيتي؛ فإنه قد نبأني اللطيف الخبير أنهما لن ينقضا حتى يردا عليّ الحوض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah yang Maha Lemah-lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa tidak ada seorang nabi pun diberikan umur melainkan hanya separuh daripada umur mereka (yakni Nabi lain) yang berlalu sebelumnya. Aku beranggapan bahawa aku akan dipanggil, lalu aku menjawab panggilan tersebut (wafat). Sesungguhnya aku adalah orang yang diberikan tanggungjawab dan kalian juga adalah orang yang bertanggungjawab. Maka, apa pendapat kalian? Mereka menjawab: Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, engkau telah berusaha bersungguh-sungguh dan engkau telah memberikan nasihat. Semoga Allah membalas kebaikan untukmu. Baginda pun bersabda: Bukankah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, bahawa syurga-Nya adalah benar, bahawa neraka-Nya adalah benar, bahawa kematian adalah benar, bahawa kebangkitan itu adalah benar selepas kematian, bahawa kiamat itu pasti akan datang tiada ragu-ragu padanya dan bahawa Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja yang ada dalam kubur?. Mereka berkata: Sudah tentu, kami bersaksi sedemikian. Baginda bersabda: Ya Allah! Persaksikanlah. Kemudian baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah waliku dan aku adalah wali bagi orang-orang mukmin. Aku lebih patut bagi mereka berbanding diri mereka sendiri. Sesiapa yang pernah menjadikan aku sebagai walinya maka ini adalah walinya – yakni ‘Ali RA. Ya Allah! Jagalah orang yang menjaganya (‘Ali) dan musuhilah orang yang memusuhinya. Kemudian baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku mendahului kalian dan kalian akan berkerumun padaku di telaga, telaga yang luasnya antara Basrah ke Sana’a, di dalamnya terdapat bekas-bekas daripada perak sebanyak bilangan bintang-bintang. Sesungguhnya aku bertanya kepada kamu ketika kamu datang kepadaku tentang al-Thaqalain (dua perkara yang berat), oleh itu lihatlah apa yang kamu lakukan terhadap keduanya selepasku. Benar berat yang paling besar adalah Kitab Allah ‘azza wa jalla, kerana satu hujungnya berada pada tangan Allah dan satu hujungnya yang lain berada pada tangan-tangan kamu. Oleh itu, berpeganglah dengannya, janganlah kamu sesat dan menukar ganti. Juga ‘itrahku iaitu ahli keluargaku. Ini kerana, Allah yang Maha lemah lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan terpisah hinggalah kedua-duanya bertemuku di telaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 498, hadis nombor 2668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة بن أسيد الغفاري –رضي الله عنه-، قال: لما صدر رسول الله صلى الله عليه وسلم من حجة الوداع؛ نهى أصحابه عن شجرات بالبطحاء متقاربات أن ينزلوا تحتهن، ثم بعث إليهن، فقم ما تحتهن من الشوك، وعمد إليهن فصلى تحتهن، ثم قام فقال: ((يا أيها الناس! إني قد نبأني اللطيف الخبير أنه لم يعمر نبي إلا نصف عمر الذي يليه من قبله، وإني لأظن أني موشك أن أدعى فأجيب، وإني مسؤول، وإنكم مسؤولون، فماذا أنتم قائلون؟ قالوا: نشهد أنك قد بلغت وجهدت ونصحت، فجزاك الله خيرا. فقال: أليس تشهدون أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن جنته حق، وناره حق، وأن الموت حق، وأن البعث حق بعد الموت، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور؟ قالوا: بلى نشهد بذلك. قال: اللهم! اشهد. ثم قال: أيها الناس! إن الله مولاي، وأنا مولى المؤمنين، وأنا أولى بهم من أنفسهم، فمن كنت مولاه فهذا مولاه -يعني: عليا رضي الله عنه-. اللهم! وال من والاه. وعاد من عاداه. ثم قال: يا أيها الناس! إني فرطكم، وإنكم واردون عليّ الحوض: حوض ما بين بصري إلى صنعاء، فيه عدد النجوم قدحان من فضة. وإني سائلكم حين تردون علي عن الثقلين؛ فانظروا كيف تخلفوني فيهما، الثقل الأكبر: كتاب الله عز وجل، سبب طرفه بيد الله، وطرفه بأيديكم، فاستمسكوا به؛ لا تضلوا ولا تبدلوا، وعترتي أهل بيتي؛ فإنه قد نبأني اللطيف الخبير أنهما لن ينقضا حتى يردا عليّ الحوض)).[طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4961)].

(Lemah)
Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari RA, dia berkata: Ketika Rasulullah SAW selesai daripada Haji Wada’, baginda melarang para sahabat baginda daripada berhenti di bawah pohon-pohon yang saling berhampiran terdapat di Batha’. Kemudian baginda mengutuskan mereka untuk pergi ke pohon-pohon tersebut untuk membersihkan duri-duri di bawahnya dan setelah itu baginda pun pergi ke pohon-pohon tersebut lalu solat di bawahnya. Kemudian baginda bangun lalu bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah yang Maha Lemah-lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa tidak ada seorang nabi pun diberikan umur melainkan hanya separuh daripada umur mereka (yakni Nabi lain) yang berlalu sebelumnya. Aku beranggapan bahawa aku akan dipanggil, lalu aku menjawab panggilan tersebut (wafat). Sesungguhnya aku adalah orang yang diberikan tanggungjawab dan kalian juga adalah orang yang bertanggungjawab. Maka, apa pendapat kalian? Mereka menjawab: Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, engkau telah berusaha bersungguh-sungguh dan engkau telah memberikan nasihat. Semoga Allah membalas kebaikan untukmu. Baginda pun bersabda: Bukankah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, bahawa syurga-Nya adalah benar, bahawa neraka-Nya adalah benar, bahawa kematian adalah benar, bahawa kebangkitan itu adalah benar selepas kematian, bahawa kiamat itu pasti akan datang tiada ragu-ragu padanya dan bahawa Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja yang ada dalam kubur?. Mereka berkata: Sudah tentu, kami bersaksi sedemikian. Baginda bersabda: Ya Allah! Persaksikanlah. Kemudian baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah waliku dan aku adalah wali bagi orang-orang mukmin. Aku lebih patut bagi mereka berbanding diri mereka sendiri. Sesiapa yang pernah menjadikan aku sebagai walinya maka ini adalah walinya – yakni ‘Ali RA. Ya Allah! Jagalah orang yang menjaganya (‘Ali) dan musuhilah orang yang memusuhinya. Kemudian baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku mendahului kalian dan kalian akan berkerumun padaku di telaga, telaga yang luasnya antara Basrah ke Sana’a, di dalamnya terdapat bekas-bekas daripada perak sebanyak bilangan bintang-bintang. Sesungguhnya aku bertanya kepada kamu ketika kamu datang kepadaku tentang al-Thaqalain (dua perkara yang berat), oleh itu lihatlah apa yang kamu lakukan terhadap keduanya selepasku. Benar berat yang paling besar adalah Kitab Allah ‘azza wa jalla, kerana satu hujungnya berada pada tangan Allah dan satu hujungnya yang lain berada pada tangan-tangan kamu. Oleh itu, berpeganglah dengannya, janganlah kamu sesat dan menukar ganti. Juga ‘itrahku iaitu ahli keluargaku. Ini kerana, Allah yang Maha lemah lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan terpisah hinggalah kedua-duanya bertemuku di telaga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4961].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs