TEKS BAHASA ARAB
الشاهد: يوم عرفة ويوم جمعة، والمشهود: هو الموعود يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menjadi saksi maksudnya hari Arafah dan hari Jumaat, manakala yang disaksikan adalah apa-apa yang dijanjikan pada hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis nombor 7490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – في هذه الآية {وشاهد ومشهود} [البروج: 3] موقوفا ومرفوعا: ((الشاهد: يوم عرفة ويوم جمعة، والمشهود: هو الموعود يوم القيامة)). [ك، هق،((الضعيفة)) (3754)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkenaan ayat ini: {Dan menjadi saksi dan yang disaksikan} [Surah al-Buruj: Ayat 3] secara mauquf dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)): Menjadi saksi maksudnya hari Arafah dan hari Jumaat, manakala yang disaksikan adalah apa-apa yang dijanjikan pada hari kiamat.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3754]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.