Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Menjadi saksi maksudnya hari Arafah dan hari Jumaat, manakala yang disaksikan adalah apa-apa yang dijanjikan pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

الشَّاهدُ: يومُ عرفةَ ويومُ جمعةٍ، والمشهودُ: هو الموعودُ يومَ القيامَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Menjadi saksi maksudnya hari Arafah dan hari Jumaat, manakala yang disaksikan adalah apa-apa yang dijanjikan pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis no. 7490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - في هذه الآية {وشاهد ومشهود} [البروج: 3] موقوفا ومرفوعا: ((الشاهد: يوم عرفة ويوم جمعة، والمشهود: هو الموعود يوم القيامة)). [ك، هق،((الضعيفة)) (3754)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkenaan ayat ini: {Dan menjadi saksi dan yang disaksikan} [Surah al-Buruj: Ayat 3] secara mauquf dan marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW)): Menjadi saksi maksudnya hari Arafah dan hari Jumaat, manakala yang disaksikan adalah apa-apa yang dijanjikan pada hari kiamat. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3754]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.