TEKS BAHASA ARAB
من شهد على مسلم شهادة ليس لها بأهل، فليتبوأ مقعده من النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menjadi saksi ke atas seorang Muslim dengan persaksian yang mana dia bukan ahlinya, maka persiapkanlah tempatnya di dalam neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 721, hadis nombor 3682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من شهد على مسلم شهادة ليس لها بأهل، فليتبوأ مقعده من النار.
[حم، خط، ابن أبي الدنيا في ((الصمت)) و((الغيبة والنميمة))، ((الضعيفة)) (6655)].
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi saksi ke atas seorang Muslim dengan persaksian yang mana dia bukan ahlinya, maka persiapkanlah tempatnya di dalam neraka.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt dan al-Ghibah wa al-Namimah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6655]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.