TEKS BAHASA ARAB
الخمول نعمة وكل يأباها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menjadi orang yang tidak terkenal itu adalah satu nikmat, semua orang tidak menghiraukannya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 36, hadis nombor 133. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
هو من كلام بعض السلف لكن في الحديث: “إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي”.
Bersumberkan ucapan sebahagian salaf, namun terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang hamba yang bertaqwa, kaya dan tersembunyi”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.