Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Meniup makanan boleh menghilangkan keberkatan

Teks Bahasa Arab

حديث: النفخ في الطعام يذهب بالبركة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Meniup makanan boleh menghilangkan keberkatan.

Sahabat Perawi

  1. Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 156-157, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه النقاش عن عائشة مرفوعا وقال: وضعه عبد الله بن الحارث الصنعاني. قال في اللآلىء: قال أحمد في مسنده: حدثنا عبد الرحمن بن مهدي عن إسرائيل عن عبد الكريم عن عكرمة عن أبي عباس. قال: نهى رسول الله صلى الله وآله وسلم عن النفخ في الطعام والشراب (1) . انتهى. قلت: إخراج أحمد لهذا المتن بهذا الإسناد لا ينافي كون الأول موضوعا.

Al-Naqqash meriwayatkan daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), dan al-Naqqash berkata: Hadith ini direka oleh Abdullah bin al-Harith al-San‘aani. Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Ahmad berkata di dalam musnadnya: Abdul Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami daripada Israel daripada Abdul Karim daripada Ikrimah daripada Abu Abbas, bahawa Rasullullah SAW menegah meniup makanan dan minuman. Tamat. Aku (al-Sakhawi) berkata: Periwayatan Ahmad matan ini, melalui sanad ini tidak menafikan riwayat pertama tadi adalah palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.