Menipu atas nama kedua ibubapanya, dia tidak akan dapat mencium bau syurga

TEKS BAHASA ARAB

من كذب على نبيه، أو على عينيه، أو على والديه، لم يرح رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menipu atas (nama) Nabinya atas kedua matanya (yang dia melihat baginda), atau atas (nama) kedua ibubapanya (yang dia meriwayatkan daripada baginda), dia tidak akan dapat mencium bau syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1294, hadis nombor 6621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الوالدين))
عن أوس بن أوس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كذب على نبيه، أو على عينيه، أو على والديه، لم يرح رائحة الجنة.
[تخ، طب، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، عد، ((الضعيفة)) (6303)].

(Munkar dengan menyebutkan (kedua ibubapa))
Daripada Aws bin Aws RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menipu atas (nama) Nabinya atas kedua matanya (yang dia melihat baginda), atau atas (nama) kedua ibubapanya (yang dia meriwayatkan daripada baginda), dia tidak akan dapat mencium bau syurga.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khara`iti dalam Musawi` al-Akhlaq, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6303].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs