Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Menipiskan debu pada kedua tangan dan menyapu pada wajah dan kedua tangannya, juga kedua siku

Teks Bahasa Arab

أمَر عمَّارًا أن يَفعلَ هكذا؛ وضربَ بيديهِ الأرضَ، ثمَّ نفَضَهما، ومسَحَ علَى وجهِه ويدَيهِ، وقال سلَمةُ: ومِرفَقيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW pernah menyuruh 'Ammar melakukan begini, beliau pun menepuk dua tangannya ke tanah, kemudian menipiskan debu pada kedua tangan dan menyapu pada wajah dan kedua tangannya. Salamah berkata: Juga kedua siku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis no. 6174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر المرفقين) عن الحكم وسلمة بن كهيل: أنهما سألا عبد الله بن أبي أوفى عن التيمم؟ فقال: أمر عمارا أن يفعل هكذا؛ وضرب بيديه الأرض، ثم نفضهما، ومسح على وجهه ويديه، وقال سلمة: ومرفقيه. [هـ، ((الضعيفة)) (5484)]

(Munkar dengan menyebutkan kedua siku) Daripada al-Hakam dan Salamah bin Kuhail bahawa mereka berdua pernah bertanya kepada 'Abdullah bin Abi Awfa tentang tayamum, beliau menjawab: Baginda SAW pernah menyuruh 'Ammar melakukan begini, beliau pun menepuk dua tangannya ke tanah, kemudian menipiskan debu pada kedua tangan dan menyapu pada wajah dan kedua tangannya. Salamah berkata: Juga kedua siku. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5484]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.