Meninggalkan tempat sebesar sehelai rambut ketika mandi junub tanpa membasuhnya

TEKS BAHASA ARAB

من ترك موضع شعرة من جنابة لم يغسلها، فعل به كذا وكذا من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan tempat sebesar sehelai rambut ketika mandi junub tanpa membasuhnya, dia akan diperlakukan sekian-sekian dengan api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192 – 1193, hadis nombor 6046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، مرفوعا: من ترك موضع شعرة من جنابة لم يغسلها، فعل به كذا وكذا من النار.
[د، ش، هـ، مي، هق، حم، عم، ((الضعيفة)) (930)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’: Sesiapa yang meninggalkan tempat sebesar sehelai rambut ketika mandi junub tanpa membasuhnya, dia akan diperlakukan sekian-sekian dengan api neraka.
[Riwayat Abu Dawud, Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, Ibn Majah, al-Darimi, al-Baihaqi, Ahmad dalam al-Musnad dan 'Abdullah bin Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (930)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.